Gegaran di Sabah 2018 ??

by - 10:17 PM


Assalamualaikum.. sahabat semua.. sebenarnya ini cerita semalam... saya buka whatsapp.. heboh kat group family yang diorang rasakan gegaran...family yang tinggal di KK semua rasa... bergegar sangat...
Ada yang kata gegaran sampai di Kudat dan sesetengah orang rasa gegaran tu..
seriously semalam saya tidak rasa apa-apa. Tapi bila nenek saya di kampung telefon kami.. nenek saya cakap yang botol-botol semuanya berjatuhan dan gegaran yang nenek saya rasa itu sangat kuat... Allahu Akhbar.. padahal rumah nenek saya di Kudat juga...
Apa-apa pun.. saya harap semuanya baik-baik saja...

Entri kali ini saya taip dengan sangat serius.. ada masa kita bergurau dalam cerita.. ada masa kita jadi serius .. #Pray4SABAH.



KOTA KINABALU: Gempa bumi berukuran 5.2 dengan kedalaman 5 kilometer dilaporkan berlaku di Ranau, malam ini.

Jabatan Meteorologi menerusi kenyataan berkata, gegaran berpusat di lokasi 6.1 Utara 116.6 Timur, kira-kira 16 kilometer barat laut Ranau pada jam 9.06 malam tadi.

Difahamkan, gegaran akibat gempa bukan sahaja dirasai di daerah berhampiran seperti Kota Belud dan Tuaran, malah sehingga ke Kota Kinabalu dan Papar, selain Lahad Datu di pantai timur.


Info grafik BERNAMA

Kejadian kali ini adalah gempa bumi paling kuat di Sabah selepas gempa bumi 5.9 pada skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 5 Jun 2015 serta beberapa gempa susulan selepas itu.

Gegaran antara 5 hingga 10 saat itu turut menyebabkan penghuni di pangsapuri sekitar bandar raya ini bergegas keluar rumah dan berkumpul di pekarangan bangunan.

Setakat ini, Jabatan Meteorologi berkata, tiada ancaman tsunami akibat gempa bumi berkenaan.

Pendaki terkandas di Laban Rata..




Penduduk berlarian keluar dari rumah.



Barangan di kedai berjatuhan.. begini lah jadi di rumah nenek saya...

Saya pun agak terkejut dengan berita ini..dan ingatkan semua ni cuma Tapi ada family saya yang masa tu berada di pekan Kudat pun merasa gegaran tu.. Allahu Akhbar...                                                                 
CREDIT:BERITA HARIAN

You May Also Like

0 commest[s]