Layan Kamal Kamalia

by - 1:18 AM

Amboi-amboi.. lewat begini sudah belum tidur-tidur lagi....
Assalamualaikum semua.. sebenarnya saya baru habis layan cerita Kamal Kamalia kat TV 2 tu...
Wahhhh.. cerita dia memang tidak menghampakan.. best sangat.. dari awal cerita sampai habis, saya nie senyum sendiri saja .. haha.. kalau tengok nie setiap hari.. boleh awet muda nie.. senyummm memanjang.. hahaha...
Hasil carian imej untuk kamal kamalia


Kisah dia nie pasal  Shah yang tidak mempunyai kekasih di desak keluarga untuk mencari jodoh dan Shah akhirnya jatuh cinta dengan seorang gadis yang bekerja di sebuah Cafe.  .. wow... sebelum tu saya mau kamu berkenalan dulu ngan pelakon nya yang sweet-sweet.. dan yang saya minat nie..

Shah - Aiman Hakim
Kamalia- Zara Zya
Mama Si Shah- Kuza
Papa si Shah - Arash Mohd

Mama si Shah nie, kalau boleh setiap hari kenalkan si Shah ngan orang lain buat jadi menantu.. Masalahnya, Shah langsung tidak berkenan.
Tiba-tiba, dia terjumpa dengan seorang gadis yang bekerja di cafe iaitu kamalia. Kamalia nie gadis yang baik hati, jujur, amanah dan bukan seorang yang gedik.

Shah cuba buat semua perkara supaya Kamalia jatuh cint aterhadap Shah.. Shah serius mahu melamar Kamalia jadi isteri nya... Shah ceritakan tentang Kamalia dekat mama dia dan mama dia setuju dengan pilihan Shah sebab yang mahu kahwin tu Shah bukan mama dia... Tapi, Papa dia nie pula nampak macam memilih sangat siapa yang jadi menantu..
(Luaran jak macam tu..tapi hati baik.)

Lepas Shah bawa Kamalia jumpa mama dia, mama dia OKAY dan tiada halangan. Keesokan nya pula, Papa dia ingin melihat sendiri siapakah KAMALIA yang dapat mengambil hati anak nya. Papanya pergi ke cafe tempat Kamalia bekerja dan meng-order ‘air Kosong’ tanpa meminumnya. Tidak lama lepas tu, Papa dia keluar tanpa membayar, lalu Kamalia kejar Papa si Shah menagih 5`sen untuk air kosong itu.

Beberapa hari lepas tu, Shah bawa Kamalia jumpa pula dengan Papa Shah. Masa nie lah semuanya ter-uji. Papa Shah menanyakan soalan kepada Kamalia seakan-akan menghina. Selepas dari situ, segalanya berubah. Kamalia makin menjauh dari Shah namun Shah tetap mencuba untuk mengejar Kamalia kembali. Shah tidak bercakap dengan papa dia sebab terasa hati dengan kaka-kata papanya.

At last, Papa dia jumpa Kamalia untuk berbincang semula.

“Uncle sengaja tak bayar air kosong yang uncle order tu sebab nak tengok kejujuran kamu”

“Uncle sengaja soal kamu macam-macam dan seolah-olah menghina kamu sebab ingin menguji kamu dan Shah, adakah dia mampu bertahan dengan semua ini”

“Kamu layak jadi sebahagian daripada keluarga kami, Kejujuran dan amanah tu yang uncle mau, Kalau hari ini kamu pandai jaga maruah diri kamu, Uncle percaya kamu boleh menjaga maruah suami kamu”


Itu lah antara kata-kata papa Shah kepada Kamalia...so sweet...



What a happy ending... melompat saya tengok cerita nie.. wo-hooo.. kalah orang yang bersorak kat sukan di sana tu.. hahahha...
Saya suka...saya suka... Alooo.. kalau cerita sweet-sweet macam nie, tiap hari main kat TV pun tidak apa juga.. hahaha.. Ok lah.. tidur dulu, esok kita ke Kampung...

You May Also Like

0 commest[s]