Resepi : Daging Tiyula Itum ( D;aging Kambing)

by - 8:50 PM

Assalamualaikum..
seperti yang anda sudah sedia maklum.. saya ni berasal dari negeri Sabah di Bawah Bayu... dan untuk pengetahuan rakan-rakan semua, saya ni bangsa Kagayan+Suluk..
So,pada malam yang indah ini, saya akan share satu resepi masakan tradisional masyarakat suku kaum Suluk...Tapi  pertama sekali, saya mau minta maaf sebab saya tiada gambar masakan nya tu..hahaha...
So, here we go, TIYULA ITUM.... maksud tiyula itum nie ialah ‘masak hitam’.. macam kita masak benda lain, kita letak kicap supaya dia jadi hitam..tapi untuk tiyula itum,  dia guna kelapa yang... itu yang menjadikan tiyula itum lebih emmphhh...
Ok... jom kita mula..

. BAHAN-BAHAN  UTAMA
  • ·         ½ Kelapa yang dibakar
  • ·         Daging Kambing / sapi/ayam. [1.5 kg]


2. BAHAN-BAHAN  DIKISAR.
  • ·      1 inci halia
  • ·         1 inci lengkuas
  • ·         4 uls bawang putih
  • ·         3 ulas bawang merah


3. LAIN-LAIN
  • ·         Air kelapa tua
  • ·         2 biji tomato, di belah 4
  • ·         ½ serbuk kunyit
  • ·          lembar daun kunyit
  • ·         2 batang serai
  • ·         sudu teh lada sulah
  • ·         Garam
  • ·         ajinomoto
  • ·         Secukup rasa
  • ·         3 Lada besar






CARA-CARA

1. Tumiskan lengkuas dan halia hingga nampak kekeringan.

2. Masukkan bawang putih dan bawang merah ,lada sulah, serbuk kunyit dan serai .Tumis hingga baunya naik dan nampak keperangan.

3.Masukkan air kelapa ,kelapa bakar , tomato dan daun kunyit.

4. Masukkan daging/ayam bersama beberapa lada besar dan masask dengan api sederhana.

5.tambahkan air biasa jika ingin lebih kuah.

6.letakkan garam, ajinomoto dan pati ayam, secukup rasa.

7. sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA .. 

You May Also Like

0 commest[s]