Info: Petua Hilangkan Jerawat

by - 1:07 PM


Assalamualaikum...

Hari nie saya free..so, saya akan kongsikan tentang bagaimana cara hilangkan jerawat dan parutnya menggunakan bahan-bahan yang mudah.

hari ni saya cuma letak simple macam nie... esok-esok saya olah lebih detail lagi...ok...
jom..tengok kat bawah nie..



PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT
1. GUNA KULIT KAYU MANIS DAN BEDAK SEJUKSediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah sedikit air.
Bila sudah siap, liumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang.



2. GUNA LIDAH BUAYA (ALOE VERA)Kaedah ini lebih semulajadi. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali seminggu.



3. GUNA ASAM JAWA
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Sapukan ramuan asam jawa pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seeloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur.



4. GUNA MADU
Mula-mula ambil sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan campuran tersebut ke tempat yg ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.



5. GUNA TIMUN
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.



6. GUNA DAUN SIRIH MUDA
Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.


Ok.. simple..sesimple-simplenya [ehh..apa daaa bahasaa..]
Terima Kasih...
Assalamualaikum..

You May Also Like

2 commest[s]

  1. bahan2 yg senang nak dapat didapur.. thanks for the info ^^

    ReplyDelete
  2. Guna bahan yang memang ada id dapur kan.. Bagus nie..

    ReplyDelete