11 Amalan mengikut sunnah di bulan Ramadhan ...

Tuesday, May 30, 2017,5:12 PM | 1 Comment

ASSALAMUALAIKUM WBT ...readers..
Ok..Sepatutnya saya share benda nie masa 1st Ramadhan hari tu..tapi saya di kampung..Alhamdulillah saya masih dipanjangkan umur dan masih boleh berkongsi sedikit sebanyak post yang saya rasa baik untuk dijadikan bahan bacaan kita semua...so saya ambil masa hari ni untuk post benda nie....sharing is caring orang cakap..hahha...

11 Amalan Sunnah Khusus Bulan Ramadhan

Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.

1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)


2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)


3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”


4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)


5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)


6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)


7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.


8. Memberi makan untuk berbuka puasa.Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)


9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim) 


10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir RamadhanAisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

CREDIT : Shahmuzir Nordzahir- www.muzir.wordpress.com

~Tamat~


benda yang baik kita share...bukan sebab niat untuk riak..munafik..tapi share sebab cakna...saya sendiri masih belajar ...so sama-sama lah kita praktikkan amalan ni di bulan ramadhan...

Assalamualaikum wbt..


Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Kenali Al-Quran.

Tuesday, May 23, 2017,9:27 PM | 4 Comment
Assalamualaikum...
Sejauh mana kita mengenal Al-Quran..yakni kalam Allah SWT yang paling agung..??? Kadang kita sendiri tidak pasti...Kadang tiada jawapan yang lain selain...
"Al quran itu kitab yang diturunkan selepas Kitab Zabur, Taurat dan injil"
Al quran itu mutiara Iman...MashaAllah...
Semoga post iffah kali ini bermanfaat buat semuanya...
inshallah....


BISMILLAHIRAHMAIRAHIIM

{1} الم
Alif Laam Miim.

{2} ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada sebarang syak padanya(tentang datangnya dari Allah dan Tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang orang yang [hendak] bertakwa,

{3} الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
(yaitu) orang-orang yang beriman kepada perkara ghaib, dan mendirikan [mengerjakan] solat serta membelanjakan [ mendermakan] sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka,

{4} وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
dan juga orang orang yang beriman kepada Kitab (Al Qur'an) yang diturunkan kepadamu [wahai Muhammad] dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya hari akhirat.

{5} أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


Image result for al quran tumblr



1-Al-Quran diturunkan dalam tempoh 23 tahun.

2-Ayat Al-Quran diturunkan di Mekah selama 13 tahun.

3-Ayat Al-Quran diturunkan di Madinah selama 10 tahun.

4-Jumlah Juzuk dalam Al-Quran 30 Juzuk.

5-Jumlah Hizib dalam Al-Quran 60 Hizib.

6-Jumlah Surah dalam Al-Quran 114 Surah.

7-Jumlah Rubuk dalam Al-Quran 240 Rubuk.

8-Al-Quran juga dikenali dengan 55 nama yang lain.

9-Bilangan patah perkataan dalam Al-Quran adalah 77439 patah perkataan.

10-Bilangan ayat dalam Al-Quran adalah 6236 ayat.

11-Bilangan huruf dalam Al-Quran adalah 321250 huruf.

12-Surah paling Agong dalam Al-Quran adalah surah Al-Fatihah.

13-Ayat paling Agong dalam Al-Quran adalah Ayatul Kursy.

14-Surah paling panjang dalam Al-Quran adalah surah Al-Baqarah.

15-Surah paling panjang dalam Al-Quran adalah ayat berkaitan dengan hutang.

16-Perkataan paling panjang dalam Al-Quran adalah Faasiqoinakumuhu.

17-Perkataan paling pendek dalam Al-Quran adalah Toha.

18-Surah yang memiliki 1/3 daripada khasiat Al-Quran adalah surah Al-Ikhlas.

19-Surah yang menjadi Jantung atau Hati Al-Quran adalah surah Yasin.

20-Surah yang paling Indah dalam Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.


Sekian saja post iffah kali nie...
Assalamualaikum WBT.
Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Freebies : Background Polka Dot #1

,8:37 PM | Comment


ASSALAMUALAIKUM WBT

Tidak tau mau post apa..tiba-tiba..chinggggg....
so, sebab tiada idea...Hari nie iffah share jak lah satu benda yang iffah minat...guess what..??
of coz lah  uoollss....background polkadots-dot-dot-...
check it out guyss...




https://40.media.tumblr.com/eb36876b778db36e92cc6b24e7a2d887/tumblr_inline_nov97zrYQQ1rnjuep_540.png


https://40.media.tumblr.com/8c7e2e5147481564e98405909fba9da1/tumblr_inline_nov98a6AIT1rnjuep_540.png


https://40.media.tumblr.com/3d92b02d79b6b55d7b2f132dd75d4247/tumblr_inline_nov96ne9dI1rnjuep_540.png


https://40.media.tumblr.com/a84d1ecff544453765387c525723fe7a/tumblr_inline_nov970PCKy1rnjuep_540.png


https://31.media.tumblr.com/2d6975b47658f25fffd5ceb5ab809a18/tumblr_inline_n7qjl2bB1y1rnjuep.png


https://31.media.tumblr.com/129b4e995d7b218ed76a966b889d4b85/tumblr_inline_n7qil7s3ED1rnjuep.png


https://31.media.tumblr.com/ca1ca1770d87947fbff8cbf9e7b0d43e/tumblr_inline_n7qa7mDZNK1rnjuep.png


https://31.media.tumblr.com/93155bf871c527ea4b5f9347293ac850/tumblr_inline_n7qn3lwG2o1rnjuep.png



Kalau mau ambil...ambil saja.... u,u...
sekian la entry yang tercipta hasil daripada kehilangan idea...hahah.. .






Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

HUKUM MENCUKUR KENING BAGI WANITA

Monday, May 22, 2017,11:48 PM | Comment


HUKUM MENCUKUR KENING BAGI WANITA
Image result for kening wanita


SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya.Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.



JAWAPAN - Oleh Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad


JAWAPAN:
Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening, dari zaman nabi lagi telah ada persoalan ini, sehingga ada hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan hukumnya.



Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.



Menurut pandangan syara' adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.



Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur bulu kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia memburukkan paras rupa seseorang perempuan.





Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."



Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.



Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.
Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka(kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.



Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.



Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah.



Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Para ulama’ berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau bersambung antara dua kening.Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul.



Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahwa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias.



Harus diperhatikan di sini ayat yang 'diboldkan'itu, dengan izin suami dan sudah tentu di dalam rumahnya,jika diluar rumah sudah tentu tidak dibenarkan syara’.



Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin:Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda,

“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah” yang ertinya “Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)



Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.



Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.



Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan mengundang laknat Allah.



Sebagai wanita muslimah yang menjunjung syariah suci sebagai panduan hidup, maka tidak sewajarnya kita terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri. Kerana kecantikan zahir yang kita dambakan itu sebenarnya tiada nilai disisi Allah SWT. Wajah kita hanyalah tempat jatuhnya pandangan manusia sedangkan Allah tidak memandang jasad yang cantik,bahkan tempat jatuhnya pandanganNya adalah hati kita. Maka perindahkan hati dan besihkan jiwa kita sebelum kita mencantikkan luaran kita. Sementara untuk mencantikkan rupaparas, hendaklah kita mengambil kira pandangan Allah dan RasulNya, jangan sesekali kita membelakangkan Tuhan dalam urusan hidup kita.



Wallahu ‘Alam.



Sumber: CREDIT TO....???



"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"

"IKRAM WADAH PERJUANGAN"
Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Fitnah atau bukan.? ingat aku kesah?

Thursday, May 18, 2017,1:03 AM | 1 Comment

Assalamualaikum WBT..

Hari nie saya mau bercerita sikit pasal satu hal ni...
Tempoh hari, saya ada post di FB dan post saya tu berbunyi macam nie..

4 Bulan lagi....

Persoalan nya, Kenapa dengan 4 bulan lagi..??
ada orang cakap 4 bulan lagi tu anniversary saya ngan unknown....ada orang cakap 4 bulan lagi saya bufday...ada orang cakap 4 bulan lagi saya ituuu...saya ini.....

Sorry..sorry sikit....maksud saya 4bulan lagi tu.....mcm ni...

4 bulan lagi saya akan Terbangggg nun jauh beribu batu ke tempat orang...membawa diri....dan 4 bulan lagi saya Review balik di hospital untuk case lain...
sebaik saja saya sampai di sana, mungkin blog nie pun jarang lah di jenguk2..hahha...

Terima kasih lah kat orang yang cakap 4bulan tu anniversary saya...sampai cakap macam2 benda mengarut, over and definitely intolerable pasal saya.....diorang cakap saya keluar ngan org yang dia sendiri tidak kenal....
saya itu..dan saya ini.....saya jahat...tawar hati kita  kalau macam nie.. lali sudah di cakap buruk...memang lah manusia nie tidak sempurna...pernah buat silap... 
dia ingat dia tu sempurna sangat kah..??

satu lagi...
kalau saya guna Fafa / Iffah / missEffah dalam blog nie, Boleh kah..??
takut ada orang tidak puas hati ngan saya..
nanty saya bawa jumpa ustazah cerita nie....kalau benda yang kita tidak buat tapi orang tu cakap saya seolah-olah saya buat, itu fitnah atau bukan.??

tengah mood tidak baik, baru lepas cucuk jarum...makan ubat...ulang alik dari hospital...tiba2 hal nie pula muncul...Stresss...

tidak pa....sabar lah..4 bulan jak lagi... Inshallah...


sekian....




Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi

Tuesday, May 16, 2017,11:01 PM | 3 Comment

ASSALAMUALAIKUM


[Klik Untuk Join]

So, setelah lama bercuti, Iffah terbuka lah hati mau mengikuti segmen. Tak kesah lah segmen apa...asal dapat join...
macam yang kita semua tau, segmen ini merupakan segmen pertama tuk Blog Faiq Najmi
Syaratnya tidaklah sesusah yang kita sangka dan tarikh tutupnya pada 20 Mei 2017..
Cuba usha syaratnya di bawah ni :-

Syarat - Syarat Untuk Menyertai "Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi"


1. Follow Blog Faiq Najmi
2. Follow IG @heyfaiq Like Faiq Najmi
3. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Pencarian Bloglist Faiq Najmi"
4. Letakkan banner segmen dan link kan ke blog ini
5. Comment link entry penyertaan di bawah


Syarat sudah dibentang,...apalagi. jomlah kita sama-sama memeriahkan segmen ni...Bagi semangat dan support sikit kawan blogger... 

[dah follow blog]


[dah Like page]


[dah follow IG]



Sekian.










Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Kembalikan Semangatku...

,1:10 AM | 2 Comment
ASSALAMUALAIKUM wbt.

Honestly, I don't even know where to start.. I've been thinking on what to say in this post since a few hours ago- and gt nothing [And also that I'm the worst blogger in the planet]

hello...hye... 

Anyway...I haven't been posting anything since last year, right? 

Also, if you've been here a few times, you might have realized that I have completely wiped out a few posts from its existence in this blog. I have a few reasons to that.First of all, after a few months of thinking [ which actually i didnt do] - I realized that this blog just meaningful to me... 


emm..tadi tu intro jak...hahah...
so, as u guys know lah kan, saya ni minat ber-belog...tapi kenapa selalu ganti blog..??
patut lah followers tak pandai bertambah...
blog tukar-tukar...
As i said, saya ada beberapa sebab tersendiri yang mendorong saya tuk buat camtu...
Dalam dunia blogger ni, sometimes your stories can be icky, nice and definitely..pointless. [di mata orang yang selalu tidak senang dengan apa yang kita post]..
itu memang biasalah dalan dunia blog sebab kita labelkan blog as our online diary kan.. cehhh...[sesetengah cakap camtu]
seriously, semua post saya tidak pernah menyentuh sensitivity masyarakat Malaysia mahupun negara lain..

tapi I've complained about so much  since the day i made this little land...
sebab diorang cakap yang saya terbang di awang-awangan dengan dunia blog..
percayalah saya tidak terlalu obses dengan kebendaan INI.


Persoalan nya disini...

SALAHKAH SAYA BER-BLOG??? adakah saya salah.?? sebab menggunakan teknologi? adakah saya menyentuh perasaan orang di sekeliling [bila saya post benda yang langsung tiada kena mengena dengan diorang].. 



Tapi setelah lama bercuti, saya berfikri panjang untuk kembali blogging dan sekaligus berniaga di sini..
peace yalls...  Mau cuba nasib berniaga dalam blog....


Sekian..
Assalamualaikum..






Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by NORTAQIFA