Ciri-ciri muslim yang mantap.??

Tuesday, December 22, 2015,2:30 PM | 3 Comment

ok gaissss and gallsss...
kali nie ifa mau kongsi satu benda nie...
berkaitan dengan peribadi kita... 
org yang baru berhijrah selalu tanya..

"macam mana sya nak jadi seorang yang mantap..??"
"macam mna nak berjaya dalam agama dan pelajaran..??"


suka ifa ingat kan disini...hendak berjaya dalam pelajaran mestilah tahu akan agama...hendak berjaya dalam agama hendaklah luas pengetahuan nya..

tapi kadang-kadang ada yang mengutarakan soalan ini..

'ehh..ifa..kawan sya tak solat..tak ngaji...napa boleh dapat keputusan yang cemerlang.??sya solat..ngaji...tapi keputusan syukur jer lulus"

yesss..soalan itu yang bahaya...dia ragu ngan ketentuan Allah SWT..

pernah dengar ka apa itu ISTIDRAJ??
"istidraj is tak solat..tak buat apa..tapi cemerlang sangat dalam pelajaran..."

dalam hal ini..ifa percaya semua yg terjadi ada hikmahnya..
dia tak perasan ka yang semua itu ujian...biar dya senang sekarang..tapi hasilnya dikemudian hari..??
apa..??
dya tau semua formula fizik..kimia..addmath...
tapi bila kita tanya pasal agama...dya tak tau...so..apa yang jadi..kita kena bersyukur...
kejayaan tidak semestinya bergantung dengan pelajaran yang tinggi....
pelajaran yang tnggi tu cuma membuka jalan untuk kita berjaya...


buktinya..???

*pertama*

ramai kawan sya lulusan MATRIX di Labuan dalam Asasi Science...
sekarang dia dah jadi waiter kat KFC...mana pegi nya addmath ..fizik semua tu..??


*kedua*

Kawan sya tak habis sekolah...dya buka bengkel motorsikal berkuasa tinggi...
dya belajar engineering sendiri..
dya solat tak tinggal..ngaji selalu..dya buka bengkel kecil kecilan...
sekarang ..sehari income dia rm5k...
sebulan kamu rasa..???


Contoh di atas nie sya cuma bagi tunjuk ...supaya kita jangan iri hati dengan orang...bukan sya tak suruh kamu belajar tinggi-tinggi...*jangan salah faham*

#pengajaran nya#

  • jangan ragu dengan takdir ALLAH SWT...
  • Sabar menghadapi dugaan..
  • disebalik ujian semua ada hikmahnya...
  • Jangan pernah bersangka buruk dengan Allah mahupun Makhluk Allah....



Nak Berjaya..??

  • Solat 5 Waktu sehari semalam...
  • Tahajud jangan lupa...
  • baca yasiin di antara waktu maghrib dan isyak...
  • Taat dengan segala suruhan Allah..
  • Taat kepada ibu dan ayah..


Nak Jadi muslim yang Mantap..??

  • Salimul aqidah...(aqidah yang bersih)
  • shahihul ibadah...(ibadah yang benar)
  • Matinul khuluq...(Akhlak yang mantap)
  • Qhadiran ala kasbi...(mampu berdikari)
  • Mutsaqqafal Fikr...(luas pengetahuan)
  • Qawwiyyal Jism...(sihat tubuh badan)
  • Mujahiddul linafsihi...(melawan nafsu)
  • Munazzamum fi syu'unihi...(tersusun urusan)
  • Haaritsun ala waqtihi...(menjaga masa)
  • Nafi un'lighairihi...(bermanfaat untuk orang lain..


In sha allah...
dengan sedikit sebanyak perkongsian sya pada hari ini.
.mampu membuka mata sahabat-sahabat yang baru berhijrah ....seandainya dalam post ifa nie ada salah dan silap...mohon dibetulkan oleh yang lebih arif...sebab ifa pun masih belajar...
segala teguran..nasihat dan pendapat..ifa terima dengan hati yang terbuka...





TERIMA KASIH
Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Ya hanana...

,11:58 AM | Comment

• بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ •



lama juga ifa cuti kan..??maklum lah..cuti-cuti satu malaysia lah katakan...

setelah lama ifa cuti..kali nie ifa nak share something ...

yg slalu bermanfaat untuk semua...
in shaa allah..


ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد

dzoharoddiinul muayyad

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد

dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

Telah Hadir agama petunjuk yg kokoh bersama lahirnya Nabi terpuji (Muhammad)

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله

ya hana na nabi muhammad dzalikal fadhlu minallah

Betapa beruntungnya kami. Dengan adanya nabi muhammad saw. itulah anugrah termulia dari Allah SWT.


يَا هَنَانَا

ya hana na

Betapa beruntungnya kami
PENJELASAN : Semakin jelas kejayaan agama yang kokoh ini (agama islam) dengan kelahiran nabi Muhammad. Sungguh enaknya jadi ummat nabi Muhammad karena umurnya paling pendek tapi pahalanya paling banyak. karena masuk surga duluan sebelum ummat2 nabi yang lain dan keunggulan2 lain dibanding ummat yang lain. Dalam alquran Allah berfirman قل بفضل الله وبرحمته فبذلك فليفرحوا "katakan wahai Muhammad. dengan anugrah Allah dan dengan Rahmat Allah (Nabi Muhammad. ) maka bergembiralah karena kalian mendapat itu semua"

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani

Diistimewakan dengan as sab'ul Matsani (surat alfatihah). Dan penghimpun setiap rahasia dalam setiap makna

ما له مَفِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله

ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah

Tiada ternilai kemuliaannya dan Allah mewahyukannya atas Nabi Muhammad SAW

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
PENJELASAN : خص با لسبع المثاني Rasulullah di khususkan (diberikan) assab'ul matsani,yaitu 7 ayat yang diulang2 bacaannya. yaitu surat al fatihah yang mana alfatahihah ini. وحوى لطف المعانى
mencakup ma'na2 yang dalam, yang halus, yang hanya bisa di rasakan oleh orang2 yang beriman secara hakiki. ما له فى الخلق ثاني tiada urutan kedua setelah Rasulullah SAW diantara semua makhluq artinya semua makhluq bahkan para nabi dan malaikat tidak dapat mendekati Derajat / maqam Rasulullah SAW karena derajat rasulullah adalah pada derajat yang tertinggi. namun tetap sebagai Makhluq dan Hamba Allah. وعليه انزل الله dan alfatihah yang memiliki ma'na latif ini diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW, Beliau nabi kecintaan kita


مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر

min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar

Dari kota Makkah Nabi dilahirkan, Bulanpun dibelahkan atas permintaan Nabi Muhammad SAW

وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام

waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam

Dan Keturunan kabilah Mudhor (kabilah Nabi Muhammad SAW) dibanggakan seluruh manusia

يَاهَانَانَأya hana na

Betapa beruntungnya kami
PENJELASAN : من مكة لما ظهر
Rasulullah Muhammad SAW lahir di kota makkah, لاجله انشق القمر

وافتخرت ال مضر * به على كل الانام merupakan kebanggaan bagi keturunan mudhor. unggul atas semua manusia dalam segi nasab. nasab Rasulullah ke atas merupakan nasab yang terbaik. nasab ini dijaga oleh Allah dari zina. jadi nenek moyang Rasulullah SAW tidak ada yang berbuat zina.. dengan tujuan menjaga kesucian Rasulullah. ini senada dengan apa yang termaktub dalam maulid addiba'i. وهما لم يلتقيا على سفاح قط artinya: kedua orang tua rasulullah nenek moyang nya tidak tersentuh oleh zina sedikitpun begitu juga dengan nasab Rasulullah ke bawah. yaitu ahlul bait. keturunan rasulullah hingga saat ini. mereka memiliki kebanggan menjadi keturunan rasulullah. namun kebanggan ini bukan untuk kesombongan melainkan untuk dijaga. jangan sampai sebagai keturunan Rasulullah mencoreng nama Rasulullah.


اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا

Atyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon

Baginda adalah Manusia terbaik CiptaanNYA dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله

dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah

Semua Berdzikir atasnya dari barat dan timur. Segala Pujian bagi Allah

يَاهَنَانَاya hana na
Betapa beruntungnya kami

PENJELASAN : اطيب الناس خلقا manusia yang paling elok rupanya. paling tampan. sehingga sahabat Hasan bin tsabit mengungkapkan dalam syairnya:

وأحسن منك لم تر قط عيني
وأجمل منك لم تلد النساء
خلقت مبرا من كل عيب
كأنك قد خلقت كما تشاء
Wa ahsanu minka lam taraqatu 'ayni
Wa ajmalu minka lam talidin nisau
Khuliqta mubarr'am min kulli aybin
Ka'annaka qad khuliqta kamaa tasyau

My eyes have not seen more beautiful person than you
No women has given birth to a more handsome person than you
You have been created without any weakness and blemish
As if you have been created as you wished to be created
حسان بن ثابت واجل الناس خلقا manusia yang paling agung akhlaq budi pekertinya sehingga Allah SWT menyatakan dalam alquran وانك لعلى خلق عظيم
sungguh engkau Muhammad benar2 memiliki budi pekerti yang agung.
tidaklah satupun dari akhlaq baik di muka bumi ini melainkan bersumber dari baginda Rasulullah Muhammad SAW. ذكره غربا وشرقا * سائر والحمد لله
namanya disebut2 ditimur dan dibarat. segala puji bagi Allah


صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
bersholawatlah kalian atas sebaik baik manusia yang terpilih bagai bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام

shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
bersholawatlah dan sampaikan salam kalian kepadanya SAW. Semoga kita mendapat syafaatnya dihari kebangkitan 

ya hana na
Betapa beruntungnya kami


PENJELASAN
صلوا على خير الانام * المصطفى بدر التمام bersholawatlah kalian pada manusia terbaik.* yang dipilih oleh Allah yang wajahnya elok bagaikan bulan purnama yang sempurna
صلوا عليه وسلموا * يشفع لنا يوم الرحام bersholawat dan haturkan salam lah kalian pada Beliau SAW. agar kita semua mendapat syafaat dihari kiamat yaitu di hari semua manusia berhimpit2an bersesak2an tiada pertolongan dan naungan kecuali pertolongan Allah dan naungan Allah




Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Senyap..?

Friday, December 4, 2015,12:29 AM | Comment
assalamulaikum wbt...
 kepada kamu semua yang tertanya tanya tentang keberadaan ifa...
hihihi..ifa mau bagi tau...
yang ifa senyap selama nie bersebab...
sebab nya ifa ada exam...

exam apa..??

STPM...huhuhu..

jadi ifa dah ambil keputusan tuk berhenti sekejap dari dunia blogger nie...
tapi salahnya ifa disini..
ifa tidak inform korang awal-awal....
then mesti korang assume that ifa nie tak aktif kan..

lepas exam abis ari tuuu....ifa mw buka jua lah.. update something new ...
tapi..rasa penat sangat masa exam tu....
then ifa rehat laaa.. xmau buat apa-apa...
pasal tu la blog ifa berhabuk bagai....adusssss....


so.. start from 2morrow....

ifa akan kembali post maca-macam kat dalam blog ifa nie..ok..

assalamualaikum...
Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Mari berDakwah ??

Saturday, November 7, 2015,1:34 AM | 1 Comment


• بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ •


ok..hari nie ifa akan kongsi pasal nie.. satu benda yang memang amat..amat..amat..[triple 'amat'] bermanfaat,,..boleh dijadikan sebagai panduan semasa ...In shaa Allah..

DAKWAH................




Dakwah merupakan suatu tanggungjawab agama yang mesti dipikul oleh setiap muslim. Ia adalah usaha untuk menyampaikan saranan agama dan menyeru manusia kepada kebaikan seperti yang didefinisikan oleh Islam. Tangungjawab ini lahir dari komitmen dan iltizam mereka kepada kebaikan iaitu untuk menyampaikan kebaikan bukan hanya kepada diri sendiri atau keluarga tersayang tetapi juga kepada orang lain dan warga manusia sejagat.

Dakwah bermaksud seruan dan ajakan. Firman Allah dalam Surah Aali Imran ayat 104;

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang segala perbuatan yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang-orang yang berjaya.”

Dalam usaha untuk menggembangkan dakwah, pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa dilalui oleh setiap para da’ie. Ada yang bersifat dalaman dan ada pula yang bersifat luaran. Iblis, syaitan, manusia kafir, munafiq, dan golongan taghut yang berkepentingan sentiasa menjadi batu penghalang ke arah menyebarluaskan ajaran agama Allah ini. Allah befirman dalam Surah al Ahzab ayat 22;
وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلاَّ إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا
“Apabila orang-orang yang beriman melihat golongan (al-Ahzab) penentang (bergentayangan) mereka lantas berkata inilah apa yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya . Benarlah Allah dan Rasul-Nya.( Namun mereka tidak gentar) bahkan semakin bertambah teguh keimanan mereka dan pasrah kepada Allah.” 

Cabaran Terhadap Dakwah

Berikutan dengan perkembangan dunia yang begitu tragis akhir-akhir ini, khasnya setelah berlaku peristiwa 11 September dan pengganasan Amerika di Afghanistan dan Israel di Palestin maka usaha untuk menyampaikan Islam semakin terdedah kepada ancaman dan penentangan yang lebih seru dan getir. Pendakwah Islam sering dilabel dengan label-label tertentu dan dengan gelaran buruk di samping berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi tersendiri yang pastinya menuntut kepada kesabaran dan perancangan yang rapi bagi memastikan matlamat yang ingin dicapai terlaksana disamping mendapat keredhaan Allah.

Dari sekian banyak cabaran yang dihadapi pada masa kini bolehlah diterangkan sebagai berikut :
  • Cabaran Islamophobia
Media massa tempatan dan di luar negara tidak henti-henti menyiarkan rencana, pemberitaan dan komen-komen yang memburukkan Islam dan para penatarnya. Mereka menggunapakai istilah-istilah yang sengaja memalitkan Islam dengan perbuatan jenayah, ganas, bermuslihat dan sebagainya untuk menutup mata terhadap perlakuan ganas regim penjajah, Israel dan negara kuasa besar yang sering melakukan keganasan terhadap negara-negara kecil di dunia.

Mereka mencipta musuh dan nama-nama baharu yang secara tersirat sebagai strategi mengganyang negara dan gerakan Islam yang kini sedang memulihkan kehadiran mereka dipentas politik dunia. Dalam masa yang sama mereka memperguna prasarana undang-undang antarabangsa dan insititusi antarabangsa untuk mengekang kebangkitan negara-negara Islam, negara-negara berkecuali dan negara-negara ketiga untuk bangun menyaingi mereka sebagai kuasa ekonomi, politik, teknologi dan ketenteraan.
  • Cabaran fahaman sekularisme
Fahaman sekularisme pula telah lama disebar dan dibajai dalam seluruh jentera negara. Fahaman ini yang dibawa oleh barat dan disenangi oleh nafsu amarah manusia sedang melanda umat Islam dan menjadi wabak yang menghakis komitment kepada nilai-nilai agama. Sekiranya fahaman ini tidak dibendung dan tidak ditangani segera dengan berkesan maka akan terhakis dan runtuhlah jatidiri generasi tua dan muda umat Islam kini. 

Pegangan mereka kepada agama akan luntur bahkan semakin menipis dan larut. Gejala-gejala buruk pasti akan menular sepertimana yang sedang dirundung oleh umat Islam masa kini. Pastinya umat Islam akan terus berpecah-belah menurut fahaman yang berbagai ragam sehingga mereka menjadi alat untuk meruntuhkan agama mereka sendiri.
  • Cabaran kuasa politik yang semakin undemocratic
Kekuasaaan yang dipegang oleh tampuk kepimpinan yang tidak demokratik, hidup memerah dan membolot kekeyaan untuk kroni mereka, mengenggam kekuasaan sebagai hak mutlak peribadi dan bukan amanah Allah, enggan mengamalkan dan melaksanakan pemerintahan mengikut ajaran Islam pastinya akan menyebabkan matlamat dan hala tuju sesebuah negara kucar-kacir. Institusi negara, dari kehakiman, kepolisian, penerangan, perbendahaaraan akan disalahgunakan untuk kepentingan parti. 

Akhirnya amalan politik akan hanya untuk kepentingan kumpulan kecil dan diri sendiri mengikut corak yang telah diajar oleh fahaman kapitalis dan meterialis. Kemelut ini sudah tentu melahirkan iklim politik dan budaya sosial yang menyimpang jauh dari keluhuran, ketelusan dan nilai-nilai tamadun yang tinggi. Persempadan baru dan akta pilihanraya lebih bertujuan untuk menghimpit rakyat dan parti lawan. Kadar peruntukan bayaran tertentu dinaikkan untuk menafikan hak rakyat untuk mengadakan reformasi.
  • Cabaran undang-undang dan akta draconian
Undang-undang yang adil adalah tuntutan segenap rakyat yang prihatin. Manakala ciri undang-undang yang adil ialah yang lahir dari tuhan yang maha adil. Dalam hal ini umat Islam berkeyakinan bahawa undang-undang yang saksama ialah undang-undang yang berlandaskan kepada ajaran Islam atau nilai-nilai kebaikan sejagat. Keengganan menurut lunas-lunas perundangan ini akan menyebabkan negara terjebak dalam kancah kemelut kezaliman, penipuan, fitnah, lucah dan amalan politik mafia. 

Amalan menangkap lawan atau musuh politik dengan tuduhan palsu bertopengkan alasan keselamatan negara memang lumrah di kalangan para pemerintah korup dan diktator. Selagi amalan amalan buruk dan zalim ini berleluasa dalam negara sukar untuk negara berkenaan untuk dilabelkan sebagai negara Islam. Dalam masa yang sama ketidakadilan dalam perundangan dan perlaksanaannya semakin berleluasa.
  • Cabaran kepimpinan dan pemimpin yang korup
Kepemimpinan bukan suatu kuasa untuk berleluasa, berbuat apa sahaja menurut kehendak hati. Ia adalah suatu amanah Allah dan masyarakat yang perlu dipikul dengan penuh hikmah dan bijaksana. Ia memerlukan rasa tanggungjawab yang tinggi menjaga muslihat agama, negara dan rakyat. Kepimpinan dalam Islam mesti berada dikalangan orang yang paling beriman, berilmu, bertakwa, mempunyai integriti, mampu berjihad dan layak. Kepemimpinan yang korup dan melanggar etika dalam kepemimpinan Islam tanpa dapat membezakan yang baik dan buruk serta enggan mengikut lunas Islam sudah pasti membawa musibah. 
  • Cabaran media massa yang tidak bertanggungjawab dan kurang beretika
Media massa yang terlalu mengikut telunjuk dan bias terhadap sesuatu parti politik, biasanya hanya akan menyebarkan berita yang mampu menaikan dan menjatuhkan mana-mana parti yang menjadi ancaman. Oleh itu, media massa tidak lagi menjadi satu institusi yang mencelikkan akal rakyat atau meningkatkan budi dan kewarasan mereka berfikir tapi sebagai alat propaganda yang lebih membunuh kebijaksanaan dan memperbodoh daya pemikiran mereka. 

Media massa seperti ini tidak malaksanakan tanggungjawab sosial; meningkatkan budaya berpolitik yang sihat dan demokratik, sebaliknya menjadi kuda tunggangan manusia yang penuh tipu muslihat untuk menjatuhkan sesama sendiri, atau terhadap parti lawan. Hak-hak untuk kebebasan bersuara dinafikan. Kebebasan akhbar tinggal dakwaan manis yang tidak pernah menjadi kenyataan. Imej ulama, mufti, Rasulullah, muslimat yang bertudung bahkan para pembimbing masyarakat yang ternama sering menjadi sasaran usaha pemudaran reputasi dan kredibiliti oleh media berkenaan.
  • Cabaran Pendidikan Sekular
Pendidikan sekular yang telah diperkenalkan oleh penjajah kini semakin diperkasa. Aliran sekolah bahasa Inggeris yang dahulunya telah ditukar kepada aliran kebangsaan kini mahu dinobatkan semula. Semangat kemerdekaan dan keagamaan yang dahulunya diperjuang dan didaulatkan kini seolah-olah dilupakan bahkan aliran keagamaan sering dimomok dan dianggap sebagai penghalang kemajuan dan pembangunan. Amalan-amalan ibadah khusus dianggap penghalang kejayaan dalam pembelajaran sains. 

Sebab itu kegiatan ibadah qiamullail, zikir, solat tahajjud dan sebagainya diremeh dan dipandang rendah oleh para pemimpin atasan tertentu. Ibu bapa yang prihatin terhadap pendidikan agama anak-anak mereka dalam menghadapi kebanjiran bahan lucah dan gejala maksiat dan sumbang mahram di kalangan remaja diaggap sebagai penyebab kepada menurunnya prestasi bumiputra dalam lapangan pencapaian sains. Pengabaian dan tindakan meminimakan pendidikan agama sudah pasti akan menghasilkan satu generasi melayu muslim yang berkiblatkan nafsu atau budaya barat semata-mata.
  • Budaya Barat (Westernisasi)
Akibat dari berleluasanya perkembangan alat kemunikasi dan informasi moden maka pengaruh budaya Barat semakin menjarah masuk dan melunturkan faham keagamaan dalam masyarakat. Budaya asing yang inginkan keseronokkan dunia semata-mata kini semakin mendapat tempat dihati umat Islam. Gejala negatif westernisasi menulari golongan remaja. Pesta seks di mana hubungan seks di kalangan muda-mudi yang bukan mahram dan belum berkahwin menggempari masyarakat. Amalan khurafat kembali menjengah oleh golongan politikus yang ingin mendapatkan kerusi kekuasaan. Gejala gigolo pun heboh diperkatakan dalam masyarakat. Pekong dan wabak bernanah yang hanyir ini jika tidak dirawat segera akan menyebabkan rosaklah umat Islam dan misi syaitan pasti akan berjaya.
  • Penyalahgunaan teknologi informasi dan telekomunikasi
Antara sebab kemunduran umat Islam adalah akibat dari kekurangan pengusaan terhadap teknologi yang semakin berkembang di negara barat. Teknologi ini memungkinkan mereka menyebarluaskan propaganda mereka dengan berkesan. Melalui filem, CD, VCD television stalite TV internet dan lain-lain mereka menyalurkan berjuta-juta patah perkataan imej, grafik dan diayah yang mempengaruhi umat Islam sehingga kehilangan jatidiri mereka. 

Dengan penguasaan yang canggih dalam bidang ini mereka dapat meneruskan penguasaan dan hegemoni ke atas dunia Islam dan negara-negara Islam. Jentera prisikan mereka meredah masuk dalam berbagai jaringan sensitif pertahanan negara. Mereka mungkin lebih arif terhadap rahsia dalaman berbanding umat itu sendiri.
  • Kuasa Penjajah dan Zionis
Perancangan dan kerjasama diantara masyarakat Kristian dan Yahudi yang ingin menghancurkan Islam telah menemui kejayaan dengan jatuhnya empayar Islam semasa Zaman Turki Uthmaniyah. Strategi dan perancangan yang semakin rapi sedang direncanakan yang pastinya membawa cabaran yang lebih besar lagi terhadap umat Islam. Mereka ingin mengubah beberapa ayat al-Quran , mereka mahu membasmi hadith Nabi sebagai suatu kuasa palsu yang memundurkan umat. Mereka juga mahu umat Islam tidak lagi membangun negara dan politik Islam kerana ia adalah fenomena ekstrimisme, dan terrorisme. Mereka terus memantau perkembangan negara umat Islam agar Islam sebagai pola peradaban yang lengkap tidak akan dapat dibangunkan semula.
  • Kristianisasi
Kristianisasi yang telah lama berlaku bukan merupakan perkara baru yang tidak diketahui oleh umat Islam. Namun, strategi yang dirancang terlalu halus dan memerangkap umat Islam yang leka dan lalai serta tidak mengikut ajaran Islam mengikut landasan yang betul. Sebab itu terdapat beberapa golngan yang berjaya disesatkan sehigga mendewa-mendewakan ajaran kristian dan seterusnya masuk menjadi penganut agama itu samada kerana ingin berkahwin, atau ingin mendapat habuan kebendaan atau lari menjadi rakyat di negara berkenaan. 

Golongan pendeta dan muballigh Kristian terus memainkan peranan mereka dengan dana kewangan yang besar dan prasrana diayah yang hebat dan canggih. Namun berkat kegigihan pendakwah kita, dan kewaspadaan umat telah dapat sedikit sebanyak membendung dan memelihara Umat Islam umumnya dari gejala Kristianisasi.
  • Globalisasi
Globalisasi merupakan satu proses menundukkan dunia dalam segenap sektor sama ada politik, ekonomi, sosial, budaya dan media dengan satu acuan kemanusiaan tertentu. Ia merupakan satu cara baru yang digunakan oleh Zionis atau Amerika Syarikat dalam berhadapan dengan Islam. Sikap negara-negara kuasa besar dan Eropah berlandaskan kepada pendekatan “pertembungan tamadun” yang meskipun mereka nafikan tetapi sebenarnya mereka gunakan untuk menghadapi kebangkitan Islam serta institusinya.

Globalisasi juga mewujudkan satu budaya yang mengikut telunjuk dan acuan Amerika serta menafikan nilai-nilai murni dan mulia serta budaya setempat. Semuanya akan bertukar kepada budaya yang bertuhankan material semata-mata. Globalisasi adalah istilah lunak mengantikan imprialisme dan penjajahan.
  • Kuasa Agensi Agama yang disalahgunakan
Di dalam negara umat Islam pula Agensi Agama yang telah dipolitikkan oleh golongan tertentu telah menjadi penghalang kepada berkembangnya kefahaman agama yang syumul dan beristiqamah. Badan-badan berkanun dan agensi-agensi pentadbiran agama digunakan untuk menghalang penyampaian agama dalam bentuknya yang merangkum kesedaran politik dan usaha reformasi umat. Dalam masa yang sama pihak berkuasa menghadkan kuasa agama dalam bidang tertentu sahaja supaya mereka mempunyai kuasa yang amat terbatas dan sukar untuk melaksanakan sesuatu tuntutan syariat.
  • Kemiskinan dan Kepapaan
Taraf hidup masyarakat Islam yang rendah menyebabkan mereka mudah diperkotak-katikkan dan dipergunakan untuk kepentingan penjajah asing atau agen-agen mereka yang melanjutkan pegangan terhadap fahaman yang salah dan keliru. Usaha-usaha memperalatkan pimpinan yang membawa kebaikan kepada barat giat dirancang bagi memastikan cengkaman ekonomi hanya dikuasai oleh Barat dan mewariskan kemiskinan dan pertelagahan kepada masyarakat jajahannya. Ini merupakan satu perancangan Yahudi dan kuasa raksaksa korporat Barat. 

Ekonomi negara diratah dan diperkotak-katikkan oleh penyangak mata wang antara bangsa. Manakala penyangak dalam negara pula membazirkan wang negara dalam projek mega yang mewah dan membolot kekayaan negara melalui tindakan menghisap keupayaan kewangan syarikat-syarikat awam yang diswastakan. Selepas syarikat yang diswastakan itu bangkrap mereka memulangkan semula kepada kerajaan untuk dibiayai semula oleh wang rakyat.
  • Masyarakat Majmuk
Kepelbagaian kaum dan agama telah dijadikan alasan menyekat perlaksanaan hukum Islam kerana dikatakan hendak menghargai hak dan kebebasan beragama. Ugutan dan ancaman golongan sekular telah menakutkan orang-orang yang bukan Islam menerima penyelesaian Islam. Soal khitan, keganasan dan sebagainya telah dijadikan momok untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam untuk menyokong aliran Islam.
  • Kepelbagaian wadah dan wahana dakwah yang belum diselaraskan dengan berkesan
Kepelbagaian wadah gerakan Islam tidaklah mutlak buruk. Ia mungkin menambahkan lagi kerancakan dakwah di dalam negara kita. Namun pendekatan yang berbeza dan kurangnya penyelarasan mungkin membuka peluang kepada golongan tertentu untuk melaga-lagakan mereka untuk tujuan melemahkan kesan dakwah secara total. Sebab itu gejala ini adalah merupakan cabaran yang tersendiri kepada para pemimpin harakah tersebut. Mereka perlu merumuskan suatu penyelarasan dan perkongsian bijak yang akhirnya menguntungkan Islam. 
  • Kekurangan Tenaga Manusia yang terlatih
Kekurangan tenaga pakar dari dunia Islam adalah hasil polisi pendidikan yang tidak sihat kesan dari penjajahan. Mereka tidak mahu melihat negara Islam lebih maju dari mereka. Sekatan terhadap para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran mereka serta kuota yang dilaksanakan sedikit sebanyak menjejaskan mutu tenaga mahir atau pakar yang akan merencatkan pertumbuhan sesebuah negara Islam.

Sebenarnya banyak lagi cabaran yang dihadapi oleh usaha dakwah masa kini kalau hendak direntang panjang satu persatu. Tapi ruang yang terbatas menyebabkan kita berpada dengan huraian di atas.



cr:klik here < CREDIT >





Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Cara Follow ifa

Thursday, November 5, 2015,7:02 PM | 1 Comment


• بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ •


hai semua.. cuba baca kat bawah nie....





Ok..macam nie..ramai orang complain yang blog ifa nie tak dapat follow... ada masalah kat follower widget ifa ... memang dari dulu ifa dah bagi tau yg follower widget ifa nie masalah.. ahhaha.. tak ingat..??? tak ingat tak pa...jom singgah entry kat bawah nie..


Ok..senang cerita.. sebab follower widget ifa tu mmg ifa tidak tau macam mana mau buat.. jadi ifa ambik jalan mudah laaaa...

cara mau follow ifa cam nie...


1.klik petak bertindih kat atas tu... [macam dalam gambar tu]




2. lepas tu korang cek pula kat tepi ada button follow...[macam kat dalam gambar di atas tu..]


3.Lepas tu klik la follow..ok..

maaf lah ya.. menyusahkan korang...dan terima kasih tau sebab bg respon korang ...
ini jak yang ifa mampu buat supaya korang boleh follow ifa...






Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Be On Fixqrimalek's Bloglist (SEGMEN)

,12:28 AM | 3 Comment



• بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ •

emm.sebab ada orang tag ifa tuk join segmen nie... soo.. ifa join lah .



ok..macam biasa la.. setiap segmen ada syarat.. segmen nie pun mesti lah ada kan...
nie.. ifa copy dari blog penganjur nie..hahha..

  1. Wajib follow my blog! Pastikan you guys follow sebab senarai bloglist  bukan berdasarkan baclinks but your name yang appear kat my follower
  1. Buat entry pasal this segmen "Be On Fixqrimalek's Bloglist" at your beautiful blog! Entry mesti ada banner kat atas tu :)
  1.  Dah siap! tinggalkan baclinks post yand dibuat tadi di ruangan comment entry ni :) bukan ni shoutbox ye.
  1. Tag seorang or more untuk join this segmen! the more the merrier.
  1. Share this segmen kat blog lain :)
amboiiii.. dengan color dia skali ifa copy..hahaha...
ok..siap... siapa orang yang ifa mau tag ya..??

Tag: http://thecyclazey.blogspot.my/





Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Segmen: Join Bloglist Ain bulan Nov - Dis!!!

Saturday, October 31, 2015,6:34 PM | 5 Comment

• بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ •

ok hai..hari nie ifa mau join pla segmen yang di anjurkan oleh akak comel kita nie...Ain Zuhairi...


setiap segmen mesti ada syarat nya kan..???so..segmen nie pun ada syarat nya..xsusah ...senang jak..
cekedot...

Follow blog dia..
Like fanpage dia..
Buat entry > Segmen: Join Bloglist Ain bulan Nov - Dis!!!
Letak banner mamcam kat atas tu kat blog korang..
Tag sorang kawan tuk join this segmen..
Tarikh tutup dia 5 November 2015..

Ok kan..??so..jom lah sama2 memeriah kan segmen nie.. we-heee~~~~...
So..secara rasminya ifa join segmen nie..BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.




Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Selawat Burdah....

Thursday, October 29, 2015,10:14 PM | 2 Comment

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

hye semua.. ok hari nie ifa mau kongsi pula pasal lirik SELAWAT BURDAH...yeahh.. ifa suka selawat nie sebab..setiap kali adik-adik sepupu ifa mau tidur... mesti ifa pasang kat fon..bagi diorang dengar...lepas tu diorang ikut nyanyi-nyanyi kejap.. then tertidur....dah memang bijak sangat budak zaman sekarang nie.. adik sepupu ifa umur 3 tahun dan 1 tahun tu boleh dah selawat..ALLAHU AKHBAR....

so ifa kongsi kan nie antara salah satu benda yang wajib adik-adik ifa dengar setiap hari...


Maula ya Sali wasallim da iman abadan abadan

Ala habibie ka khairin khali kulli mili mili min



Maula ya Sali wasallim da iman abadan abadan

Ala habibie ka khairin khali kulli mili mili min




Amina ta ja kuriji ranim bi li

Bibib salamin

Madad ta daa anjaraa min muklaji fidamin



Maula ya Sali wasallim da iman abadan abadan

Ala habibie ka khairin khali kulli mili mili min



Maula ya Sali wasallim da iman abadan abadan

Ala habibie ka khairin khali kulli mili mili min



Amin tazaa ruijii ranim bihii mili salamin

Mazat tara manjara min mukladin fidamin



Maula ya Sali wasallim da iman abadan abadan

Ala habibie ka khairin khali kulli mili mili min



A habbatirirh arritu mir ril kaikar tebatin

wal aw baqa haa barqu firr fil zalmaine bin idamin



fa baini aina ka him kunta furka ha bara

wa malika mikail mutas safir ya hamini





fa baini aina ka him kunta furka ha bara

wa malika mikail mutas safir ya hamini





Maula ya Sali wasallim da iman abadan abadan

Ala habibie ka khairin khali kulli mili mili min



Maula ya Sali wasallim da iman abadan abadan

Ala habibie ka khairin khali kulli mili mili min


So..akhirulkalam...assalamualaikum wbt... cewahhhh...



Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Himpunan Doa Harian-#2 (Amalan Sehari-hari)

Monday, October 26, 2015,7:47 PM | 1 Comment
                       
                      السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hai... Bismillahirahmanirrahim.. Alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk berkongsi informasi dengan sahabat semua....
ifa harap perkongsian yang ini pun dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada semua penbaca...



1.DOA KETIKA HENDAK TIDUR

BISMIKAL LOOHUMMA AHYAA WA AMUUTU 

Artinya:
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan aku mati.







2.DOA KETIKA BANGUN TIDUR.



AL HAMDU LILLAAHIL LADZII AHYAANAA BA'DA MAA AMAA TANAA WA ILAIHIN NUSYUUR


Artinya:
Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan





3.DOA KETIKA MEMASUKI KAMAR MANDI



ALLOOHUMMA INNII A'UUDZUBIKA MINAL KHUBUTSI WAL KHOBAAITSI 


Artinya: 
Ya Allah, aku berlindung dari godaan syetan laki-laki dan syetan perempuan






4.DOA KETIKA KELUAR KAMAR MANDI


GHUFROONAKAL HAMDU LILLAAHIL LADZII ADZHABA 'ANNIL ADZAA WA 'AAFAANII 

Artinya: 
Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku dan yang telah menyejahterakan.





5.DOA KETIKA HENDAK MAKAN


ALLOOHUMMA BAARIK LANAA FIIMAA RAZAQTANAA WAQINAA 'ADZAA BANNAAR


Artinya :
Ya Allah, berkahilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka.






6.DOA SESUDAH MAKAN


ALHAMDU LILLAAHIL LADZII ATH'AMANAA WA SAQOONAA WA JA'ALANAA MUSLIMIIN


Artinya :
Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan kami dan minuman kami, serta menjadikan kami sebagai orang-orang islam.






7.DOA KETIKA MEMASUKI MASJID

ALLOOHUMMMAF TAHLII ABWAABA ROHAMTIKA


Artinya :
Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmat-Mu






8.DOA KETIKA KELUAR MASJID


ALLOHUMMA INNII AS-ALUKA MIN FADLIKA


Artinya :
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keutamaan dari-Mu






Terima Kasih Kepada Kump. Doa Anak2... semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua..InsyaAllah...
So..ifa mau undurkan diri dengan lafaz Assalamualaikum WBT ....






Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!









Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Himpunan Doa Harian-#1 (Tolak Sihir dan Santau)

Sunday, October 25, 2015,8:27 AM | Comment

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahiim...ifa mula kan perkongsian ini dengan penuh rasa rendah hati...Allahu Ahkhbar...Di bawah nie adalah senarai doa-doa penolak sihir atau santau...so..
jom lah ambik pensil ngan nota.. salin nie..hahah.....


1.DOA MENGUSIR JIN DARI RUMAH

Hendaklah dibacakan sebanyak 3 kali doa ini di dalam rumah yang anda terasa ada gangguan jin dan syaitan.
Terjemahannya:
Wahai Ifrit (Golongan Jin) aku peringatkan kepada kamu dengan sumpah yang dibuat oleh Nabi Sulaiman kamu keluar dan nyah dari rumah aku dan aku peringatkan juga kepada kamu jangan sesekali kamu menyakiti ahli rumah ini.



2.DOA SELAMAT DARI GANGGUAN MANUSIA, JIN DAN IBLIS.
inna rabbee AAala kullishay-in hafeeth

Maknanya:
Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengawal dan Pemulihara tiap-tiap sesuatu.

in Sha Allah dengan izinNya dengan mengamalkan ayat dari penghujung surah Hud ayat 57 dapat memelihara kita sebaik-baiknya.



3.DOA BENTENG SANTAU/SANTAU ANGIN/SANTAU TUJU

Doa yang baik diamalkan sebelum keluar rumah, berada di restoran makanan ditempat yang disyaki pernah banyak berlaku kes-kes santau terutama di hentian rehat.

Mulakan dengan selawat 3x, baca Bismillah dan bacalah doa ini dan insha Allah dipeliharaNya dengan sebaik-baikNya.

Waqadimna ila maAAamiloo min AAamalin fajaAAalnahu habaan manthoora

Terjemahannya:
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.




4.DOA SUPAYA TIDAK DIIKUT OLEH HANTU SYAITAN KETIKA BALIK MALAM SELEPAS HABIS KERJA-BALIK DARI KUBUR/BALIK DARI HOSPITAL.

jika kaki anda kotor, basuh dahulu. Kemudian bacalah 3 Qul dan diikuti dengan doa ini. Iaitu doa melepaskan diri dari diikut oleh hantu syaitan yang dilaknat. Jika tidak dibaca, ia akan sentiasa berdamping dengan anda kemana sahaja anda pergi kecuali anda berada dalam masjid atau ketika hendak solat.

In kullu nafsin lamma AAalayha hafith

Maksudnya:
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catatan mengenai segala bawaannya).



5.DOA ELAK SIHIR TAFRIQ (PEMISAH SUAMI ISTERI).

Dari Jabir RadhiyaALLAHu berkata: RasululluLLAH SAW bersabda:


"Sesungguhnya Iblis meletakan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan/gangguan. Seorang dari mereka berkata “saya telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis “kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata “Saya tidak meninggalkannya (manusia) sehingga saya pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata “Ya, kamulah (yang betul hebat)” (Riwayat Muslim)


Amalkan ketiga-tiga ayat ini setiap kali selepas solat wajib. Mohon padaNya supaya dipelihara dan dilindung oleh niat jahat orang.

Ayat Doa 1.


Maksudnya:
Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah Yunus ayat: 81)



Ayat Doa 2.


Maksudnya:
Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu. (Surah Najm: ayat: 58)



Ayat Doa 3.


Maksudnya:
Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah Al-Hadid: ayat: 3).


Yakinlah segala yang berlaku adalah atas izin Allah SWT. Bukan bomoh atau syaitan yang berkuasa menentukan sihir ini. Perbuatan yang baik diminta, syurga balasannya. Perbuatan yang jahat dipohon, neraka tempatnya.



6.DOA PENAWAR SIHIR DARI JAUH KEPADA AHLI KELUARGA YANG DISIHIRKAN.

Dimulakan bacaan sebaiknya dengan Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan surah-surah berikut dibawah.


DOA (1)

Maksudnya:
"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan."



DOA (2)

Maksudnya:
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."



Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua... InsyaAllah...so...lepas nie ifa kongsi kan sekali doa-doa yang lain ya..

tak lupa credit kepada ResepiRahsiaku

.Assalamualaikum wbt semua...

SUBHANALLAH ....WALHAMDULILLAH..WALA ILLAHA ILALLAH..ALLAHU AKHBAR..
ASTAGHFIRULLAHALADZIIM..




Read more ...
Yang Benar : NORTAQIFA ABD SHAIDI | A SABAHAN BLOGGER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © . All Right Reserved by NORTAQIFA ABD SHAIDI